Tuesday, February 7, 2012

ASSALAMUALAIKUM..


Bismillah...
sudah lama sy tidak berblog... hari ni rase mcm nk kembali berblog :)
utk permulaan... sy letak gambar puteri sy.. beberapa minit selepas dilahirkan 29 sept 2011

Friday, August 20, 2010

Doa Kalbu

mari sama2 hayati lagu ini :)



'Ya Allah, berilah kekuatan kpd kami, untuk kami mengutamakan cintaMu berbanding cinta kami kpd keluarga, manusia, harta dan air yg dingin ketika dahaga..'

Sunday, May 30, 2010

Bilakah...?



Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.
Entry kali ini sekadar ingatan untuk diri sy yg sentiasa leka dengan dunia.

Nabi saw telah bertemu dgn Harithah r.a lalu bertanya kpdnya:
Bagaimanakah khabarmu hari ini ? Jawapannya : Saya menghadapi pagi ini ini dengan keimanan yg sebenarnya kpd Allah ! Nabi lantas bertanya lagi : Setiap ucapan itu memiliki hakikatnya , maka apakah hakikat keimananmu ? Jawapannya : diriku menjauhi dunia, lantas aku menjadikan siang hariku dgn puasa, malamku diisi dgn tahajjud, dan seolah2 aku melihat jelas akan arasy Allah,dan seolah2 aku melihat para penghuni syurga sedang menziarahi antara satu dgn yg lain, manakala ahli2 neraka sedang menjerit2 menerima hukuman dlm neraka. Mendengar itu Nabi saw bersabda : Kamu benar ! maka tetapkanlah keimananmu, hamba yg diterangi hatinya dgn Nur daripadaNya. ( Rwyt al-Bazzar dari hadis Anas dan al-Tabarani
Bilakah tahap keimanan kita akan sampai seperti mereka?

Sunday, May 23, 2010

Mangkuk, madu dan rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a, Utsman r.a, dan 'Ali r.a, bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fatimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha. berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari
meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan mal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurgaKu adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut"

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru



untuk semua guru yg pernah mendidik sy sejak mengajar mengenal ABC sehinggalah sy berjaya menggenggam segulung ijazah, jutaan terima kasih sy ucapkan, jasa cikgu mmg x mampu di balas. Cikgu-cikgu sy yg mengajar di SK Machang 1, SMK Hamzah 1, MRSM Kuala Berang, Kolej Mara Kulim dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.. anda semua sungguh berharga. Sejak sy bergelar guru, sy lebih menghargai guru, mungkin mudah menjadi guru, namun utk menjadi guru yg berkesan kpd pelajar2nya, bkn senang. Sy teringat kata2 Puan Hajah Norbi, seorang bekas guru cemerlang, juga penulis buku. Menurut beliau, ada 3 jenis guru,

1) GURU SIARAN : cikgu kategori ni, kehadirannya di sekolah tidak memberi apa2 kesan. Dia hadir ke, tak hadir ke, tak menjejaskan ape2. contohnya, smlm dia x dtg ke sekolah, MC, bila dtg ke sek esknya, cikgu2 n pelajar tanya, 'MC ke? x perasan plak'..

2) GURU SINARAN : cikgu kategori ni, kehadirannnya dinanti oleh para pelajar dan warga sekolah. Para pelajar menunggu utk belajar dgnnya. bila tak dtg ke sek, pelajar tertanya2 kenapa cikgu tak dtg, sedih x dpt belajar ngn cikgu..

3) GURU SIALAN : cikgu kategori ni, ketidakhadirannya dinanti oleh warga sekolah. bila dpt tahu cikgu ni tak hadir, satu sek gembira, sbb ape? sbb dia x memberi ape2 ksn kpd sek malahan memberi kesan tak baik pulak. dlm kalangn guru, dia suka mengumpat, dlm kelas pulak dia x mengajar.( mg kita tak termasuk dlm golongan ni)

untuk semua guru, mari fikirkan kategori mane kita berada:)
untuk guru-guru yang telah byk bekorban dan bersabar melayan karenah pelajarnya, lagu dari westlife ini utk anda...

Tuesday, May 4, 2010

Nota Cinta

dgn nama Allah yg maha pemurah lg maha pengasih

mari sama2 hayati lagu nyanyian saujana ni. sgtla best, cinta hakiki, cintakan Ilahi.

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Sunday, May 2, 2010

kembali bernafas

dgn nama ALLAH yg maha pemurah lg maha mengasihani

lama sy biarkan blog ni diam dan sepi.. x sempat nk mengedit. blog kwn2 pun lame dh x jenguk. bile tkr layout, byk benda hilang. hari ni, ader semangat nk menulis, sbg permulaan, suka utk sy kongsikan kata2 Umar Abdul Aziz, dalam ucapan pertama beliau setelah dilantik menjadi khalifah,

...sy berpesan kpd kamu, bertakwalah kpd Tuhan krn ketakwaan itu lebih penting drpd segala-galanya. beramallah kamu utk akhiratmu, nescaya Tuhan menyelesaikan urusan duniamu. Perbaiki tingkah lakumu di kala sunyi, nescaya Tuhan memperbaiki tingkah lakumu di hadapan umum. Banyakkan mengingati mati dan buatlah persiapan menghadapinya, nescaya mencegah kamu hidup berfoya-foya mengikut nafsumu. Siapa yg tidak mengingati kematiannya, nescaya dia mati dlm kehinaan...


kata2 ni sy petik dari buku novel sejarah islam, UMAR ABDUL AZIZ, BAYANGAN KHALIFAH AR RASYIDIN, tulisan Abdul Latip Talib. byk pengajaran yg boleh diambil dari Umar Abdul Aziz ni, bila baca buku ni, rasa betapa jauh sgt dgn Tuhan, msh byk lg yg kena perbaiki. di kesempatan yg ada ni, mari kita same2 perbaiki diri ke arah lebih baik, mg kita mendapat kejayaan bukan shj di dunia ni, malah yg lbh penting, kejayaan yg sebenar2nya yg kita impikan, berjaya di akhirat kelak.

Saturday, April 10, 2010

hadith ingatan

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran
telah kering (dakwatnya).


Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.

sekadar berkongsi hadith ni, setiap kali rase sedih dgn sesuatu, kalo bc hadith ni, rase tenang n bersemangat balik, sbb ape2 yg berlaku semua kehendakNya. Kita sbg hambanya jgn sekali-kali bergantung harap pada manusia, kalo ALLAH tak izin, tak kan jadi jgk.

Wednesday, March 24, 2010

pesta buku


dgn nama ALLAH yg maha pemurah lg maha pengasihani

kata ustz Pahrol Muhamad Juoi dlm SOLUSI 17,
'siapa kita 5 tahun akan datang akan ditentukan oleh buku apa yg kita baca dan dengan siapa kita bergaul pada hari ini'

bersempena pesta buku yg sedang berlangsung skrg di pwtc, ayuh sama2 ke sana dan dptkan buku2 yg bermanfaat:)

Wednesday, March 3, 2010

pening

dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasih..

Ya ALLAH, dgn ilmu Engkau akan alam ghaib ke atas makhluk, hidupkan lah aku ini selama kehidupan itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku bila kematian itu lebih baik bagiku. Aku memohon kpdMu akan perasaan takut kpnMu dlm perkara ghaib dan kesaksian.

saje tulis doa ni, sy tgh stress ngan byk perkara.huhu.