Saturday, April 10, 2010

hadith ingatan

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran
telah kering (dakwatnya).


Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.

sekadar berkongsi hadith ni, setiap kali rase sedih dgn sesuatu, kalo bc hadith ni, rase tenang n bersemangat balik, sbb ape2 yg berlaku semua kehendakNya. Kita sbg hambanya jgn sekali-kali bergantung harap pada manusia, kalo ALLAH tak izin, tak kan jadi jgk.

No comments: