Saturday, January 10, 2009

sekolahku...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..
dah seminggu saya mengajar.. baru saya tau, bukan mudah kerja seorang guru. khamis lepas, sekolah saya dipantau oleh PPD, siap tengok saya ngajar lagi..huhu. alhamdulillah, seme berjalan lancar. minggu lepas, saya ajar tajuk 'al-Quran menjana kecemerlangan hidup'... berdasarkan ayat 1-5 surah al-baqarah, menceritakan kitab al-Quran adalah kitab yang lengkap dan sempurna, menjadi panduan bagi mereka yang (hendak) bertakwa. Antaranya ciri-ciri mukmin yang bertakwa menurut ayat tersebut adalah,
1) mereka yang mempercayai perkara ghaib (seperti malaikat, syurga, neraka, dll)
2) mereka yang mendirikan solat
3) mereka yang mengagihkan sebahagian daripada rezeki (sedekah)
4) mereka yang beriman kepada kitab al-quran (membaca dan mengamalkan)
5) mereka yang yakin akan hari akhirat (hari pembalasan segala amalan di dunia)

itulah antara ciri orang yang bertakwa berdasarkan ayat tersebut. nampak macam senang sahaja nak jadi oorang yang bertakwa kan, tapi kalau dihisap betul-betul, tidak semudah yang disangka. percaya kepada perkara ghaib.. erm, semua umat islam percaya dan yakin akan adanya malaikat, syurga dan neraka. tapi, apa bukti yang menunjukkan kepercayaan kita? kalau kita yakin dan percaya wujudnya malaikat yang sentiasa mengiringi setiap langkah kita, yang mencatat segala amalan kita, mengapa masih banyak perkara yang ditegah oleh Allah kita lakukan? bukan mudah kan?
bila dah mengajar mata pelajaran pendidikan islam ni, secara tak langsung mengajar diri saya sendiri... alhamdulillah, banyak hikmah kena ajar subjek ni.. sampaikan terfikir nak tukar opsyen pendidikan islam jer..hehe.
itu sahaja untuk kali ni. next week dah start latihan netball, februari nanti ada pertandingan, jadi kena stay kat sekolah sampai petang..
moga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk diri saya..ameen...


"Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

No comments: