Friday, January 30, 2009

~sisa-sisa waktu~


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani
petang tadi, saya menonton rancangan al-kuliyyah.. tajuk 'khusyuk'
menarik tajuk tu... menyebabkan saya melekat kat depan tv.
satu part yang menarik, lewat-lewatkan solat.. solat di hujung waktu, menurut panel jemputan rancangan tersebut, jika kita solat di hujung waktu, samelah seperti kita berikan sisa-sisa yang tinggal untuk ALLAH. analoginya, jika kita makan nasi, sisa-sisa yang tinggal itulah yang kita beri untuk ALLAH.. teruk kan? sanggupkah kita bagi hanyalah sisa-sisa kepada pencipta kita? astagfirullah.... takut saya dengar. kekadang tu, kita selalu utamakan benda lain daripada solat. kalau solat asar pukul 5pm tu masih dikira awal la even waktu asar masuk pukul 4.48pm, tapi kalo nak punch-in keje, 7.19am tu dah dikira lewat even waktu masuk paling lewat 7.20am. semoga selepas ini saya lebih berdisiplin dalam mengerjakan tiang agama ini.
'ya ALLAH, jadikanlah aku dan keluargaku golongan yang menjaga solat..ameen'

No comments: