Wednesday, May 20, 2009

cikgu...

dengan nama ALLAH yg maha pengasih dan penyayang....
segala puji hanya layak untukNYA..
beberapa minggu yg sgt sibuk dah lepas... syukur alhamdulillah..
minggu lepas sy byk terkejar2 ke sana ke mari, duit isi petrolpun melampau-lampau bulan ni, ditambah pulak dengan sy yg suka berjalan2 ni..
first skali, sy ke gombak, tempat adik kat UIA, sambil amik adik kak zu. then, ke USJ beli brg2 utk hari guru. then, rabu kena interview utk lantikan tetap kat Putrajaya, alhamdulillah, semua ok. khamis n jumaat attend kursus kat smk abdul samad, pj. weekend mcm biasala, spend time with famili. isnin plak sambutan hari guru, jadi ajk ni, byk sgt keje, dah la x leh tgk persembahan pelajar, prepare mknan, dah hbs mkn kena kemas plak.. sampai umah dah ptg. sungguh memenatkan. tapi puas sebab semuanya berjalan lancar.
sambutan hari guru kat sekolah ni, simple jer. tapi sy terharu jgk ramai pelajar bg kad n hadiah, bunga ros berbelas2 kuntum. yang paling menyentuh hati, seorang pelajar sy hadiahkan musyaf quran.. rase nak menitis air mata. hari ni, dapat lagi hadiah, sebuah novel sains fiksyen n surah yasin... mungkin sbb title 'ustazah' n 'science teacher' tu, stdnts bg hadiah mcm tu.
dah hbs bab hari guru, nk citer psl kursus kat pj lak. Sy kena hadiri kursus kaunseling asas untuk guru kelas. sy dipilih mungkin sbb sy pegang kelas last, pelajar mmg byk masalah, parents selalu dtg jumpa sy. so, pk HEM ckp mmg sesuai utk sy kursus ni. sy terima dgn hati terbuka je, ok jgk x perlu msk kelas 3hari berturut2. byk jgk input berguna yg sy dpt masa kursus tu. perkara pertama yg sy aplikasikan ialah luahan hati pelajar. menurut pensyarah kaunseling institut perguruan islam bangi, pelajar perlu luahkan apa yang mereka nak dari kita, barulah kita tahu n mgkin blh baiki diri kita dulu sblm baiki pelajar. so, bila masuk jer kelas sains, sy suruh pelajar keluarkan kertas, tulis dengan hati yang ikhlas dan tak perlu tulis nama. sy minta mereka tulis 'SAYA TAK SUKA CIKGU SAINS SEBAB......(senaraikan)' dan jgk 'SAYA SUKA CIKGU SAINS SEKIRANYA...(senaraikan)'. sy bg masa 15 minit utk pelajar tulis. ni antara luahan hati pelajar2 sy

SY TAK SUKA CIKGU SAINS SEBAB..
1) cikgu bagi nota sains panjang2
2) cikgu selalu berleter
3) cikgu selalu bg ceramah
4) cikgu tak sporting
5) cikgu ckp english
6) cikgu ajar dengan cepat, sy x faham
7) cikgu bg exam susah
8) cikgu tak garang sgt

SY SUKA CIKGU SAINS SEKIRANYA..
1) cikgu selalu senyum
2) cikgu selalu buat experiment
3) cikgu bawa kami ke library
4) cikgu lebih tegas
5) cikgu bagi nota sikit jer
6) cikgu ckp melayu

tu serba sedikt yg students sy tulis... ramai jgk yg x komen bab x suka cikgu sains, n ramai jgk yg tulis sy sayang cikgu sains.. huhu. pelajar ni mcm2 rupanya, tapi drpd luahan mereka, sy blh baiki skit2. kena bg nota yg ringkas2 jer, kena bykkan latihan, x boleh ajar dlm english sgt, mereka x faham, students mmg suka kalo buat experiment, tp biasa sy buat demo je, bkn apa, risau.. tambah lagi pelajar2 kelas2 akhir. ramai pelajar ckp sy x garang, sbb tu pelajar lelaki suka main2 masa sy mengajar. erm.. tak tahu mcmana nk garang lagi.. bab library, mmg pelajar suka msk library, sbb sejuk. sy pernah bawa stdnts msk library sekali je sepanjang 5bln mengajar.
apepun, bkn mudah tugas seorang guru ni. no wonder la, antara yg plg ramai jadi 'gila' adalah dari golongan guru. mmg kena byk sbr dengan pelajar2 ni. dulu masa praktikum kt kelantan, tak terasa sgt sbb stdnts seme baik2, bila dh ngajar kat kota metropolitan ni, baru tau cabaran sebenar seorang guru.. mg2 sy sentiasa ikhlas dan tabah dalam mendidik ank2 bangsa ni..

No comments: