Monday, September 7, 2009

mari hayati quran..


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani......
syukur alhamdulillah, allah masih lagi bagi kesempatan untuk sy melalui ramadhan pada tahun ini. ramadhan kareem.. hari ni merupakan cuti umum sempena nuzul quran. esk sy kena bagi tazkirah ramadhan kat sekolah, rasenye tajuk yg sesuai nk kongsi ngan students n warga sekolah adalah nuzul quran. dalam sejarah islam, salah satu peristiwa besar yg berlaku pada bulan ramadhan adalah peristiwa nuzul quran. nuzul quran bermaksud penurunan al-quran dari allah swt ke luh mahfuz secara keseluruhan dan serentak, then, dari luh mahfuz ke baitul izzah di langit dunia. selepas itu, barulah al-quran diturunkan secara beransur-ansur kepada rasulullah saw selama 23tahun. berinteraksi dengan quran bukan setakat menjadikan ia sebagai penawar, bukan hanya digantung sebagai perhiasan, bukan hanya dibaca pada majlis-majlis agama, bukan juga hanya dibaca yasin pada malam jumaat atau bila adanya kematian, bahkan lebuh jauh daripada itu, kita hendaklah mempelajari dan menghayati isi kandungannya dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. sekiranya kita tidak mengamalkan segala ajaran yg terkandung di dalam al-quran, kita tidak akan dipandang oleh allah... marilah kita sama2 memperingati hari nuzul quran dengan mempertingkatkan penguasaan kita mempelajari dan melaksanakan ajaran al-quran.
::maklumat nuzul quran ini sy petik dari risalah hidayah ramadhan pusat islam upm::

No comments: