Monday, March 30, 2009

~mimpi~

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani

"siapa kat dalam kelas ni dah baligh?" soal sy kpd pelajar tingkatan 1...
"akmal?" (lalu akmal tunduk dan angguk)
"syahmi?".... "dah" (dengan bangganya..)
"azwan?" .. dengan muka terkejut, "ha? belum ustazah.."
"baik, pelajar perempuan tak ada masalah, kalo kamu dah dtg haid, itu tandanya kamu dah baligh, pelajar lelaki, kalo kamu bermimpi yang menyebabkan kamu kena mandi wajib,itu tandanya kamu dah baligh, kamu faham kan?"

tetiba azwan angkat tangan, "ye wan, ada soalan?"
" ustazah, ari tu sy mimpi perempuan, lepas tu habis seluar sy basah ustazah.." cerita azwan kpd sy.. "ha? bila kamu mimpi? itu tandanya kamu dah baligh" ty sy.

"ari tu, lama dah" jwb azwan.
"kamu mandi wajib tak wan?"
" tak!"
subhanallah, terkejut sy dengar. tetiba perasaan bersalah datang. sykah yang bersalah sbb tak bgtau pelajar sy tentang kewajiban mandi wajib, tentang baligh?
sy terus hampiri azwan.. "wan, dengar sini baik2, balik dari sekolah nnt, kamu kena mandi n niat dlm hati.. 'shj aku mandi wajib kerana ALLAH taala', kamu kena ratakan air ke seluruh badan, faham?"
" faham ustazah.."

"ok, shafiq dh baligh ke belum?"
"belum" (muka tersengih-sengih..)
"shafiq, kalo kamu dah mimpi nanti,kamu bangun dari tidur, seluar kamu basah, kamu wajib mandi wajib tau"
"ustazah, tak kan lah sy mimpi perempuan sampai terkencing.."
aduh.. budak ni betul2 tak tahu...
"shafiq, bila kamu dah baligh, kamu mimpi, kamu akan keluar mani.. itu yg menyebabkan seluar kamu basah, bknnya sebab kamu terkencing"
"o... mana sy tau ustazah"

esoknya... pagi2 sy terus ke kelas azwan, sy pangggil dia.
"wan, kamu mandi tak?"
"mandi, ustazah."
"mandi wajib?"
"alamak, lupa!"...
"lupa? kamu tahu tak kalo kamu tak mandi wajib, ibadat kamu tak sah.. "
"sy lupa ustazah.."
"esk sy ty lagi kamu, blk nnt jgn lupa mandi wajib.."
"baik ustazah"

itu adalah salah satu kisah pelajar sy. sedih dan kasihan.. azwan ni seorang pelajar yg pendiam, perangai masih budak2 lagi. parents dia kerja, balik sekolah, dia masak sendiri untuk makan tengah hari. tiap kali sy ty makan lauk apa, mst jwpnnya telur goreng... kasihan kan. berasal dari keluarga yang taraf sosioekonomi yang rendah, hidup serba sederhana, ilmu agama pula entah ke mana. betul lah kata-kata yang sy selalu dengar, 'kemiskinan membawa kekufuran'..

sy tulis kisah ni bukan nk membuka aib si azwan, tetapi nak ingatkan diri sy kelak, sekiranya ALLAH takdirkan sy mempunyai anak nanti, sy patut bagi pendidikan kpdnya tentang perkara-perkara asas ni. mereka memang tak tahu kalo kita tak bagitau. itu tanggungjawab kita. dari sehari ke sehari, sy mkn dpt rasakan betapa mencabarnya menjadi seorang guru. byk lagi kisah2 pelajar sy yg menyentuh hati... nnt ada masa sy tulis lg. kelak, bila dh tak mengajar kt sekolah ni, sy boleh baca n kenang kembali sekolah pertama sy sbg gsst.

apapun, mg2 sy terus diberi kakuatan untuk menjalankan amanah yg diberikan dengan sebaik mungkin.

No comments: