Monday, October 5, 2009

Rasulullah...

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi maha penyayang..

Minggu lepas, ada seorang pelajar saya bertanyakan saya "ustazah, bagaimana rupa Rasulullah? hensem x?" tercengang sekejap saya dibuatnya. Jawapan saya, "apa yang ustazah tahu, rasulullah tak tinggi sgt dan tak rendah sgt,sederhana je. rambutnya tak kerinting dan tak lurus sgt, rambut baginda ikal. kulit baginda putih" itu sahaja jwpn saya. itupun sy dapat dari radio ikim.fm. huhu. sungguh mencabar kerja seorang guru, lebih mencabar menjadi seorang 'ustazah' yang bukan dari bidang agama. apabila pelajar bertanyakan sesuatu yang saya tak pasti jawapannya, sy mmg berterus-terang dengan pelajar yang sy tak pasti, takut tersalah jawab, terutama bab2 hukum. apapun, sy ambil semua ni dengan berfikiran positif, sy banyak belajar drp soalan2 pelajar. sumber rujukan sy biasanya guru-guru agama di sekolah, abg dan kakak ipar dan buku2. ptg td, sy baru shj mendapatkan majalah SOLUSI 12, isu utama bertajuk 'hidayah, kompas kehidupan'.. menarik sekali. helaian pertama, terdapat satu info pendek mengenai fizikal rasulullah saw. Alhamdulillah, setiap kali sy membeli majalh SOLUSI, pasti tidak manghampakan, banyak kisah2 yg boleh dikongsi dengan pelajar. ok, meh same2 berkongsi mcm mana fizikal rasul junjungan kita ini.

Ali b Abu Talib menggambarkan fizikal Rasulullah saw ; " postur tubuh Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, baginda memiliki perwatakan yang sedang berbanding kaumnya. Rambut baginda tidak terlalu kerinting dan tidak lurus terurai, berambut ikal, tidak gemuk dan wajah baginda tidak terlalu bulat. kulit baginda putih kemerah-merahan. baginda memiliki bola mata yang hitam pekat,bulu mata yang lentik serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. dada baginda berbulu. telapak tangan dan kaki baginda tebal.ketika berjalan, baginda seakan-akan melangkah menuruni tanah yang landai. ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. antara kedua bahu baginda terdapat tanda kenabian. baginda adalah nabi terakhir, manusia yg paling lapang dada, ucapannya paling mudah dipercayai, karakternya paling lembut dan cara bergaulnya paling mulia. siapapun yg pertama kali melihat baginda, pasti segan. tetapi, orang yang telah lama bergaul dengan baginda pasti mencintai baginda. siapapun yang menggambarkan karakter baginda pasti berkata; 'aku tidak pernah melihat seorangpun yang sama seperti Rasulullah saw, baik sebelum mahupun selepas kewafatan baginda" .... riwayat al-tirmizi, ibn sa'd dan al-baihaqi.

No comments: