Sunday, October 18, 2009

insuran@takaful


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani
sedar tak sedar tahun 2009 dah hampir ke penghujung.. ini bermakna sudah hampir setahun saya berada di sekolah sebagai seorang guru. Banyak sungguh perkara baru yang saya belajar sejak bekerja ni. Kekadang, bila masalah mendatang, terduduk dan terkedu saya dibuatnya. Bila datang sesuatu perkara yang perlu dibuat pilihan atau keputusan, buntu jgk memikirkannya. Contohnya, minggu2 pertama saya berada di sekolah pada tahun lepas, tak sikit ejen2 insuran datang, mempromosikan kehebatan 'brand' insuran masing2, sesetengahnya seolah2 memaksa sy mengambil insuran drpd mereka. Apapun sy tekadkan hati, membalas tawaran mereka dengan senyuman dan memberi jawapan pendek 'erm.. terima kasih, nnt sy fikirkan dulu yer..'
Pening nak pilih yang mana yang terbaik untuk kita, berdasarkan pengalaman rakan2 guru yang lebih senior, ada yang bertukar2 insuran dek kerana ejen yang tidak bertanggungjawab. Time promote kat kite, bkn main lagi, bila kita bermasalah, ssh pulak nk dptkn claim. erm..bukan mudah nk buat pilihan. Namun, jiran sebelah sy dlm bilik guru, kak warda namanya, selalu berpesan pada sy, istikharah dulu sebelum buat kptsn utk ambil mane2 insuran@takaful, takut salah pilih, rugi jer. Akhirnya, setelah hampir setahun berlalu, baru sy buat keputusan, utk ambil etiqa takaful, ejennya juga sy kenal, baik orangnya. selasa nnt sy akn sign polisinya. mg2 pilihan sy yg terbaik utk sy.

“Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”
..doa ni sy ambil dari web ustaz zaharuddin.

No comments: